SELAMAT DATANG KE CANGKIR MINDA

SELAMAT DATANG KE CANGKIR MINDA
tempat kita mempercambahkan siraturrahim kepada peminat
seni....

Sunday, January 30, 2011

Bestnye Rumah Coklat

Waktu ni tengah hujan renyai-renyai. tapi masing-masing tak nak ketinggalan nak berposing sakan. Walaupun simple tapi itulah antara percutian yang hebat kami sekeluarga. Masa kat depan pintu Rumah Coklat ni pun dah sakan posingnya, kat dalam apa tah lagi. Cuma masa tak mengizinkan kami berlama-lama kat sini sebab hari dah hampir senja. Kalau tak...mau macam-macam lagi aksi. Keh keh keh.
Percutian ala bagpack ni memang best. Dari satu segi, ianya menjimatkan kos selain dari tak payah susah-susah planning. cubalah

Thursday, July 29, 2010

serangga pelik


Saya memang cukup berminat melihat spesis serangga yang pelik-pelik ni. Setakat ini saya ada mengumpul beberapa gambar serangga yang saya terjumpa disekitar kawasan tempat tinggal saya ni. Pada mulanya saya cuma mengambil gambar untuk suka-suka kerana pada hemat saya untuk 10 tahun yang akan datang mungkin kita akan semakin sukar untuk melihat spesis-spesis ini di kawasan kejiranan kita. Tapi daripada disimpan, saya suka berkongsi disini. Buat permulaan, yang letakkan yang ini dulu. ini antara spesis terawal yang saya ada.

Monday, July 26, 2010

kembara gajah


Semasa pulang dari ipoh terserempak dengan
konvoi gajahDenak di Lebuhraya utara selatanHentian R&R Tapah.



Menurut salah seorang pegawai perhilitan
mereka baru sahaja selesai operasi memindahkan gajah liar di Kedah.


Berehat menenangkan fikiran..